Dalam mesyuarat Julai 2011, seorang penasihat mencadangkan penambahan prasasti karya wanita. Selepas semua bersetuju memilih Shengxian Taizi karya Wu Zetian, penasihat di China, Dr. Chen Genyuan, memaklumkan bahawa cetakannya berada di Henan. Melalui bantuan kenalan yang diatur kontraktor PCC SDN BHD, cetakan lengkap daripada batu asal akhirnya diperoleh. Apabila cetakan asli dibentangkan dalam mesyuarat, semua terpegun kerana dapat menyaksikannya sendiri.