9 Ogos 2011
Selain karya dari China, bahagian Prasasti Tempatan menghimpunkan karya 37 ahli kaligrafi yang telah meninggal dunia. Untuk mendapatkan tulisan tokoh yang berhijrah ke Nanyang, ahli kaligrafi, pengumpul, keluarga dan sahabat dengan rela meminjamkan khazanah mereka kepada jawatankuasa untuk difoto. Selepas beberapa pusingan pemilihan, panel penasihat memilih satu karya paling mewakili setiap tokoh. Pengukir di China kemudian mengabadikannya pada batu sebagai peringatan berkekalan kepada para pendahulu.